Nadi X Awareness Melihat Rakaman Webinar Pengasuhan Digital Ii 5 Dan 6 Mac
7 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 06/03/2026 bersamaan dengan hari jumaat, seramai 6 orang peserta NADI Piasau Utara telah melihat rakaman webinar kesedaran dalam talian yang bertajuk pengasuhan digital sambungan dua. Telefon pintar membuka pintu kepada dunia ilmu dan hiburan, namun tanpa kawalan yang betul, ia juga boleh mendedahkan anak kepada kandungan tidak sesuai, ketagihan skrin dan risiko buli siber.
Justeru itu, ibu bapa memainkan peranan penting untuk:
Lindungi
Pantau
Bimbing
Dalam taklimat ini, ibu bapa akan didedahkan dengan langkah praktikal seperti:
Mengaktifkan kawalan ibu bapa
Menetapkan had masa skrin
Membuat pantauan berkala
Menggunakan aplikasi kawalan seperti Google Family Link, Qustodio dan Kaspersky Safe Kids
Pengasuhan digital bukan untuk menyekat sepenuhnya, tetapi untuk mendidik anak menjadi pengguna teknologi yang bijak dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: